[LIVE] Muzik Muzik 35 Separuh Akhir | Episod 2

0 Просмотры
Издатель
Antara acara yang dinanti-nantikan saban tahun terutamanya buat peminat serta penggiat seni muzik tanah air. Di sinilah pentas penentuan untuk 30 lagu yang telah berjaya mara ke pusingan separuh akhir dalam perjuangan tahunan ke acara kemuncak Anugerah Juara Lagu.

Lagu manakah yang akan layak ke AJL 35? Nantikan siaran langsung Muzik Muzik 35 Separuh Akhir (SFMM35) di saluran YouTube TV3Malaysia yang akan diadakan selama 3 hari berturut-turut bermula 20 November (Jumaat) sehingga 22 November (Ahad) pada jam 9 malam.

Berikut lagu-lagu yang akan dipertandingkan:

1. Sakit - Zynakal & Yonnyboii
Komposer & Lirik: Yonnyboii & Zynakal

2. Panggung - Apex Tajuddin
Komposer & Lirik: Faizal Tahir, Mage, Mike Chan, Karim Karam & Romeo

3. Kau Sakiti - Amir Masdi
Komposer & Lirik: Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo & Mage

4. Tentang Rahsia - Judika & Shila Amzah
Komposer: Farouk Roman
Lirik: Amylea

5. Bicara Rasa - Ariff Bahran & Sarah Suhairi
Komposer & Lirik: Rudy Kasmaran & Sang Hitam

6. Takdir Tercipta - Hafiz Suip & Adira
Komposer: Ikhwan Fatanna & Ayden Ali
Lirik: Ikhwan Fatanna & Arisz Ab Rahman

7. 7 Nasihat - Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta
Komposer & Lirik: Kmy Kmo & Luca Sickta

8. Hutang - Floor 88
Komposer: Zai Hamzah
Lirik: Achoi Floor 88

9. Aku Bidadari Syurgamu - Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Komposer: Ippo Hafiz
Lirik: Siti Rosmizah

10. Sembah - Naim Daniel ft Man Keedal
Komposer & Lirik: Naim Daniel & Iqie Hugh

-------------------------------------------------------

McDonald’s The Grand Experience
**Terma & Syarat**
1. Untuk memenangi baucer McDonald’s bernilai RM300, kongsi pengalaman terhebat dalam hidup anda di ruangan live chat ‘live stream’ dan komen Muzik Muzik 35 Separuh Akhir pada 20 dan 21 November 2020. Jangan lupa sertakan hashtag #SFMM35.

2. 10 peserta dengan komen terbaik akan dipilih dan diumumkan semasa ‘live stream’ Muzik Muzik 35 Separuh Akhir pada 22 November 2020.

3. Pastikan jumlah perkataan minimum untuk penyertaan sebanyak 20 patah perkataan.

4. Sebarang komen yang dihantar selepas jam 12 tengah malam, 22 November 2020 tidak sah.

5. Penyertaan anda bermaksud anda telah membaca dan memahami terma & syarat peraduan yang disenaraikan di ruangan 'description' ini.

6. Para pemenang ditentukan sepenuhnya oleh pihak penaja. Keputusan penaja adalah muktamad. Tiada sebarang pertanyaan ataupun aduan akan diberi layanan setelah keputusan dikeluarkan.

7. Semua pemenang akan di hubungi melalui ruangan komen di YouTube TV3Malaysia. Sila ikuti arahan yang diberikan.

8. Para pemenang mempunyai tempoh seminggu (7 hari) dari tarikh anda dihubungi untuk memberikan maklumat yang diperlukan bagi proses pengambilan baucer di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. Jika tiada sebarang maklum balas diterima pihak kami selepas tempoh seminggu, seorang pemenang baru akan dipilih sebagai ganti.

#SFMM35
Категория
Комедии HD
Комментариев нет.